SATU petisyen dalam talian dilancarkan bagi menggesa Ahli Parlimen beragama Kristian dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Dipetik laporan portal FMT , Petisyen di Change.org dilancarkan pada Isnin itu dengan ditujukan kepada 13 Ahli Parlimen di negeri itu berjaya mengumpul hampir 25,000 tandatangan menjelang tengah malam tadi.
ADUN Ba'kalalan yang memulakan petisyen itu berkata, kerjasama antara GPS dan PN perlu dibuat dengan alasan gabungan itu dianggotai “pentaksub perkauman”.
Beliau merujuk kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin baru-baru ini, yang mendakwa ada usaha untuk “mengkristiankan Malaysia” oleh Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Saya mengecam kenyataan presiden PN minggu lalu yang mengatakan bahawa orang Yahudi dan Kristian menggunakan HARAPAN sebagai ejen untuk mengkristiankan Malaysia.
"Kebohongan berbahaya ini direka untuk mencetuskan kemarahan umat Islam terhadap Kristian dan HARAPAN.
"Saya juga mengutuk Presiden PAS Hadi Awang kerana beliau telah menunjukkan dirinya sebagai seorang fanatik agama dan perkauman.
"Menyalahkan orang bukan Islam atas skandal rasuah yang mengepung Malaysia membuktikan bahawa beliau seorang ahli politik yang berbahaya dan mementingkan diri sendiri yang bertujuan untuk menyemai kebencian dan ketidakpercayaan di kalangan kaum.
"Rakyat Sarawak tidak lupa kenyataan menghina beliau bahawa masyarakat orang asli Sarawak adalah pengundi “jahil cawat” (bercawat) yang tidak tahu mengundi,"katanya dalam petisyen itu.
Tambah Baru, Ahli Parlimen di negeri itu mesti memainkan peranan bagi mengekalkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak.
Pengerusi GPS Abang Johari dilaporkan berkata bahawa gabungan dipimpinnya setuju bergabung dengan PN, Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah untuk membentuk kerajaan baharu yang stabil.
BN kemudian menafikan ia berunding dengan GPS atau PN mengenainya.
GPS selepas itu mengambil pendekatan mendiamkan diri berhubung keputusan mahu menyokong PN seperti diumumkan sebelum ini.
Dipetik laporan portal FMT , Petisyen di Change.org dilancarkan pada Isnin itu dengan ditujukan kepada 13 Ahli Parlimen di negeri itu berjaya mengumpul hampir 25,000 tandatangan menjelang tengah malam tadi.
ADUN Ba'kalalan yang memulakan petisyen itu berkata, kerjasama antara GPS dan PN perlu dibuat dengan alasan gabungan itu dianggotai “pentaksub perkauman”.
Beliau merujuk kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin baru-baru ini, yang mendakwa ada usaha untuk “mengkristiankan Malaysia” oleh Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Saya mengecam kenyataan presiden PN minggu lalu yang mengatakan bahawa orang Yahudi dan Kristian menggunakan HARAPAN sebagai ejen untuk mengkristiankan Malaysia.
"Kebohongan berbahaya ini direka untuk mencetuskan kemarahan umat Islam terhadap Kristian dan HARAPAN.
"Saya juga mengutuk Presiden PAS Hadi Awang kerana beliau telah menunjukkan dirinya sebagai seorang fanatik agama dan perkauman.
"Menyalahkan orang bukan Islam atas skandal rasuah yang mengepung Malaysia membuktikan bahawa beliau seorang ahli politik yang berbahaya dan mementingkan diri sendiri yang bertujuan untuk menyemai kebencian dan ketidakpercayaan di kalangan kaum.
"Rakyat Sarawak tidak lupa kenyataan menghina beliau bahawa masyarakat orang asli Sarawak adalah pengundi “jahil cawat” (bercawat) yang tidak tahu mengundi,"katanya dalam petisyen itu.
Tambah Baru, Ahli Parlimen di negeri itu mesti memainkan peranan bagi mengekalkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak.
Sentimen di S'wak tak mahu GPS gabung dengan PN |

0 Comments