Kejatuhan UMNO berpunca dari sikap angkuh, kata Kadir Jasin


KEJATUHAN teruk Umno hari ini berpunca dari sikap pemimpin parti itu yang mengabaikan isyarat pengundi sejak pilihan raya umum pada 2008, kata tokoh wartawan negara, A Kadir Jasin.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Kadir berta pemimpin Umno terlalu angkuh untuk menerima hakikat bahawa mereka mula ditolak rakyat dan tidak melakukan sesuatu untuk memulihkannya.

"Signal amaran kepada Umno sudah ada sejak PRU 2008 lagi. Cuma pemimpin Umno terlalu angkuh atau bodoh untuk mengakui hakikat itu dan melakukan langkah pemulihan.

"Demikian juga hukuman pengundi ke atas pemimpin yang korup dan khianat atau yang jarang melawat kawasan,” katanya.

Pilihan raya umum ke-15 yang diadakan semalam menyaksikanBarisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah parti itu.

Gabungan itu hanya menang 30 kerusi parlimen berbanding pencabarnya Pakatan Harapan (HARAPAN) yang memperoleh 82 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 73 kerusi parlimen.

Dalam pertandingan itu juga beberapa nama besar Umno termasuk Khairy Kamaruddin tumbang, malah Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan presiden Umno dan Pengerusi BN hampir kehilangan kerusinya apabila hanya menang di Bagan Datuk dengan majoriti cukup nipis.
Umno didakwa tak endahkan isyrat rakya




Keputusan PRU pada Sabtu itu juga katanya, juga memberi makna kepada ungkapan Inggeris "overstaying the welcome" seperti yang berlaku kepada dua veteran politik sezaman, Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Sayangnya, kata Kadir, dalam proses itu ada juga pemimpin baik menjadi korban.

 

Post a Comment

0 Comments