PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) melahirkan rasa kecewa apabila kerajaan peralihan UMNO-BN masih membisu berhubung cadangan memberikan insentif galakan untuk golongan belia keluar membuang undi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pengarah Komunikasi KEADILAN Lee Chean Chung dalam sidang media semalam berkata, selepas tempoh 48 cadangan itu dikemukakan pihaknya, tiada apa-apa maklum balas diberikan oleh kerajaan peralihan.
Sedangkan tegasnya, melalui insentif itu, ia bakal dapat memenuhi hasrat supaya kadar pengundian kekal tinggi.
"Insentif ini pastinya akan dapat menarik perhatian dan minat anak-anak muda supaya keluar mengundi, serta dapat sedikit sebanyak mengurangkan kos pengangkutan kepada mereka yang masih belum bekerja," katanya yang juga calon HARAPAN untuk Parlimen Petaling Jaya.
KEADILAN pada Selasa membuat gesaan itu memandangkan ada golongan pengundi muda yang masih yang belum berdikari kerana berstatus pelajar dan baru mula bekerja bersedia untuk mengundi 19 November ini, tetapi mengalami masalah kewangan untuk pulang membuang undi.
Manakala ada sebahagian belia perlu didorong dan diberi galakan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Sementara itu, ketika menyentuh mengenai impak kewangan ditanggung kerajaan terhadap cadangan itu, beliau menegaskan ia tidak memakan belanja yang terlalu besar.
Sebagai contoh jelasnya, bagi pembayaran one-off sebanyak RM50 kepada 1.2 juta pengundi Undi 18 dan 500,000 kepada mereka yang lebih umur 21 tahun tetapi masih belajar, kerajaan hanya perlu membelanjakan RM85 juta.
"Kos ini lebih kurang lapan peratus daripada jumlah kos pilihan raya sahaja. Namun kerajaan peralihan UMNO-BN dilihat langsung tidak berminat untuk menggalakkan anak-anak muda supaya keluar mengundi," katanya.
Insentif mampu galak anak muda keluar mengundi |
Daripada jumlah itu, 1.2 juta adalah pendaftar pemilih berumur antara 18 hingga 21 tahun, manakala 4.6 juta berumur 21 tahun ke atas.
0 Comments