PENGERUSI DAP Lim Guan Eng membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Mahiaddin Md Yassin yang berkata dia bangga digelar ‘Bapa PKP’.
Guan Eng dipetik laporan media menegaskan sekatan berterusan diumumkan Mahiaddin pada 2021 bukan sahaja telah menyebabkan ekonomi negara merudum, lebih malang kelemahan pentadbiran Mahiaddin itu telah mencetuskan kempen bendera putih.
“Adakah rakyat masih mahu orang seperti ini menjadi perdana menteri?” soalnya kepada orang ramai pada majlis DAP di Pulau Pinang baru-baru ini.
Kempen bendera putih didorong oleh komuniti pada 2021, di mana keluarga bergelut dari segi kewangan di tengah-tengah wabak boleh memberi isyarat untuk bantuan melalui menaikkan bendera putih.
Rakyat Malaysia di seluruh negara bersatu membantu mereka yang sedang bergelut dengan tindakan Muhyiddin mengundang kritikan.
Pengasas kempen itu, Nik Faizah Nik Othman, 48 kini bertanding mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan.
Muhyiddin berkata, beliau bangga dengan gelaran ‘Bapa PKP’ kerana keputusannya melaksanakan sekatan pergerakan telah menyelamatkan banyak nyawa ketika pandemik Covid-19.
“Saya bangga”, katanya sebagai mengulas sindiran presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggelarnya ‘Bapa PKP’, merujuk ‘perintah kawalan pergerakan’ yang membawa kepada penutupan dan sekatan perjalanan.
Mahiaddin menjadi perdana menteri sebelum 'mencuri' mandat rakyat melalui Langkah Sheraton apabila membawa keluar Bersatu dari HARAPAN untuk bekerjasama dengan beberapa parti yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Walau bagaimanapun pentadbiran Mahiaddin dilihat tidak stabil apabila berlakunya beberapa kali Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika dia menjadi perdana menteri.
PRN Sabah yang diadakan pada September 2020 ketika ketika negara dibawah pentadbiran BN dan PN telah mencetuskan 2,979 kes Covid-19 pada minggu pertama ia berakhir.
Kajian oleh satu kumpulan yang kebanyakan anggotanya di Saw Swee Hock School of Public Health Universiti Kebangsaan Singapura menyatakan ia punca tercetusnya gelombang ketiga penularan Covid-19 yang menyebabkan negara mencatatkan 4.92 juta kes dan kematian 36, 482 orang.
Ahli Parlimen Pagoh itu merupakan Perdana Menteri paling pendek dalam sejarah negara iaitu 18 bulan, dia terpaksa meletak jawatan apabila Ahli Parlimen Umno menarik semula sokongan kepada Mahiaddin.
Guan Eng dipetik laporan media menegaskan sekatan berterusan diumumkan Mahiaddin pada 2021 bukan sahaja telah menyebabkan ekonomi negara merudum, lebih malang kelemahan pentadbiran Mahiaddin itu telah mencetuskan kempen bendera putih.
“Adakah rakyat masih mahu orang seperti ini menjadi perdana menteri?” soalnya kepada orang ramai pada majlis DAP di Pulau Pinang baru-baru ini.
Kempen bendera putih didorong oleh komuniti pada 2021, di mana keluarga bergelut dari segi kewangan di tengah-tengah wabak boleh memberi isyarat untuk bantuan melalui menaikkan bendera putih.
Rakyat Malaysia di seluruh negara bersatu membantu mereka yang sedang bergelut dengan tindakan Muhyiddin mengundang kritikan.
Pengasas kempen itu, Nik Faizah Nik Othman, 48 kini bertanding mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan.
Muhyiddin berkata, beliau bangga dengan gelaran ‘Bapa PKP’ kerana keputusannya melaksanakan sekatan pergerakan telah menyelamatkan banyak nyawa ketika pandemik Covid-19.
“Saya bangga”, katanya sebagai mengulas sindiran presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggelarnya ‘Bapa PKP’, merujuk ‘perintah kawalan pergerakan’ yang membawa kepada penutupan dan sekatan perjalanan.
Mahiaddin menjadi perdana menteri sebelum 'mencuri' mandat rakyat melalui Langkah Sheraton apabila membawa keluar Bersatu dari HARAPAN untuk bekerjasama dengan beberapa parti yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Walau bagaimanapun pentadbiran Mahiaddin dilihat tidak stabil apabila berlakunya beberapa kali Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika dia menjadi perdana menteri.
PRN Sabah yang diadakan pada September 2020 ketika ketika negara dibawah pentadbiran BN dan PN telah mencetuskan 2,979 kes Covid-19 pada minggu pertama ia berakhir.
Ramai tertekan akibat PKP berpanjangan |

0 Comments