Guan Eng saman Azmin Ali


PENGERUSI DAP Lim Guan Eng mengambil tindakan saman fitnah terhadap bekas Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Ia berhubung kenyataan Azmin bahawa Ahli Majlis Tertinggi parti bersatu itu menuduhnya menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengejar syarikat yang berkaitan dengan MCA ketika menjadi menteri kewangan.

"Saya tidak pernah menggunakan LHDN untuk menyasarkan mana-mana ahli perniagaan Cina.
 
"Azmin telah memilih saya untuk dijadikan sasaran dengan membuat serangan peribadi walaupun saya tidak membuat provokasi terhadapnya, namun dia tetap dengan mencipta pembohongan dan diterbitkan oleh MCA dan akhbar prokerajaan.

"Saya telah berulang kali meminta Azmin menunjukkan bukti, namun dia gagal berbuat demikian," katanya dalam kenyataan.

Menurut Guan Eng, beliau sudah mengarahkan peguamnya memulakan prosiding undnag-undang itu.

Sebagai rekod, Guan Eng pernah  menang kes saman ke atas seorang ahli perniagaan yang membayangkan dia dikejar oleh LHDN selepas "dihasut" oleh Guan Eng.

Tindakan perundangan telah dimulakan


Selain mendakwa Guan Eng menyalahguna kuasa, Azmin turut mendakwa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu bertanggungjawab berhubung cukai baru terhadap perniagaan, yang disasarkan ke atas perniagaan Cina.


Menurut Guan Eng, ketika menjadi menteri kewangan, beliau sebenarnya telah mengurangkan cukai terhadap perusahaan kecil dan sederhan (PKS) dari 18 peratus kepada 17 peratus bagi tujuan meningkatkan ambang pendapatan daripada RM 500,000 kepada RM 600,000.

Post a Comment

0 Comments