SELEPAS Perak, negeriPahang yang sebelum ini merupakan kubu kuat UMNO-BN dijangka bakal dibentuk dengan kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN)
Media dalam laporanya berkata, sumber dari DAP- parti komponen dalam HARAPAN mengesahkan bahawa perkara itu telah diputuskan pemimpin tertinggi parti dan kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Perikatan Nasional (PN) pula memiliki 17 kerusi DUN.
Selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu, kerajaan Pahang 'tergantung' kerana tidak ada mana-mana gabungan parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
DUN Pahang mempunyai 42 kerusi dengan Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, BN menang 16 krusi dan HARAPAN mempunyai lapan kerusi DUN.
Pilihan Raya DUN Tioman tidak dipertandingkan selepas seorang calonya meninggal dunia beberapa jam sebelum proses pengundian diadakan. Lanskap baharu politik terbentuk
Lewat petang ini, Saarani Mohamad yang merupakan ADUN Kota Tampan dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.
Keputusan itu susulan persetujuan BN dan HARAPAN Perak bergabung bagi membentuk kerajaan negeri.
0 Comments