Blok Sabah dan S'wak sokong kepimpinan Anwar Ibrahim


GABUNGAN dari Sabah dan Sarawak hari ini membuat janji akan bekerjasama sepenuhnya dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, demi manfaat dan kebaikan bersama.

Ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahukan kerajaan yang kukuh dan stabil dengan penglibatan semua pihak.

“Baginda menasihati untuk membentuk kerajaan perpaduan demi atasi kemelut politik. GPS akur dengan titah baginda mengikut kuasa yang ada pada baginda di bawah Perlembagaan Malaysia.

“Kita mesti ingat, kita (mengamalkan) Raja Berperlembagaan, Rukun Negara, kesetiaan kepada raja dan negara. Meskipun kita tak ada raja di Sarawak ,” kata Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Abang Johari Openg kepada pemberita hari ini.

Untuk rekod, GPS berjaya memperoleh 23 kerusi pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 yang baru berakhir Sabtu lalu.

GPS sebelum ini menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), namun menarik semula sokongan itu pada minit akhir setelah sekutunya Barisan Nasional (BN) membuat keputusan tidak akan menyokong PN.

Sementara itu di Sabah, Ketua Menteri Hajiji Noor, yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut memberi dokongans ama kepada Anwar dengan berkata kerjasama erat antara Persekutuan dan Sabah akan merealisasikan pembangunan negeri itu dan menunaikan Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau berharap pengalaman Anwar akan membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan pada masa depan.

Anwar terima sokongan padu ketuai K'jaan


Beliau turut berharap pemerkasaan Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan sebaiknya.

 
Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan mengangkat sumpah perdana menteri kerajaan perpaduan di hadapan Agong, petang tadi.

Post a Comment

0 Comments