Anwar hadir pada masa yang tepat


BEKAS Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr Syed Husin Ali percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya layak untuk memimpin negara

Dipetik laporan Malaysiakini, beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Presiden KEADILAN berkata, pelantikan Anwar semala mungung menjadi titik perubahan negara, walaupun situasi politik kemungkinan bergelora.

“Anwar berhak mendapat jawatan ini. Dia telah menunggu sangat lama.

"Malah dia dihalang oleh beberapa pemimpin yang bimbang rasuah mereka akan terbongkar," katanya.

Syed Husin yang pernah menjadi guru dan rakan seperjuangan Anwar berkata, Ahli Parlimen Tambun itu tidak melangkah ke tampuk kuasa dalam situasi yang mudah.

Sebaik dilantik mengetuai pentadbiran negara, Anwar tegasnya mesti menangani tiga perkara utama

“Dia perlu memperbaiki keadaan ekonomi rakyat terutama dengan mengatasi kemiskinan dan mengurangkan kos sara hidup.

"Dia perlu berusaha ke arah penubuhan perpaduan nasional dan dia mesti mula membanteras rasuah," tambah Syed Husin.

Selain itu, kata Syed Husin, pihak yang meletakkan harapan tinggi untuk pembaharuan yang progresif juga perlu akur bahawa Anwar tidak mempunyai mandat yang kuat untuk membuat perubahan besar.

Mengakui bahawa polarisasi semakin meningkat dengan PAS kini parti tunggal terbesar di parlimen, beliau yakin Anwar dapat mengawal trend ekstrimisme kaum yang mula be
“Saya yakin Anwar akan dapat mengawal trend ke arah ekstremisme kaum dan agama serta perpecahan.

“Ia juga membantu Umno menjadi sebahagian daripada kerajaan baru dan tidak boleh memainkan garis perkauman yang melampau sekarang,” katanya.

Anwar Perdana Menteri wakili suara pelbagai kaum
Syed Husin turut menyifatkan pelantikan Anwar mewakili masyarakat berbilang kaum di negara ini hadir pada masa tepat bagi memberi mesej positif di negara ini.  

“Saya fikir ia satu langkah penting. Saya harap rakyat Malaysia akan menggunakan ini untuk akhirnya mengatasi beban parti politik kaum dan agama,” tambahnya.

Post a Comment

0 Comments