Tak sisih kaum lain, Anwar jamin jaga hak Melayu dan Islam


PERDANA MENTERI
, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan melindungi hak orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan di negera ini.

Jaminan itu dinyatakan Anwar pada sidang media pertamanya di Sungai Long, Kajang selepas dilantik menerajui negara
 
“Saya bersyukur pada Allah atas perubahan ini yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia.

“Saya memahami keperluan untuk mendukung Islam sebagai agama persekutuan dan melindungi hak orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan

"Saya tetap faham keperluan untuk mengangkat kedudukan penghayatan agama Islam sebagai agama Persekutuan.” katanya.

Dalam masa sama Anwar turut berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diterajuinya bersama kerajaan perpaduan dipimpinnya akan turut melindungi hak rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama.

Wilayah Sarawak dan Sabah juga tidak akan dipinggirkan di bawah pentadbirannya.

Dalam sidang media itu juga Anwar turut memberi jaminan memartabatkan Bahasa Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

"Saya masih tegas dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Ada keperluan kita menjelaskan kerana dalam sistem pemerintahan kita juga menetapkan kedudukan, kemuliaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Anwar mahu wakili suara semua rakyat
"Saya tidak mahu ia hanya dijadikan sebagai slogan enteng, tetapi ia haruslah ada usaha yang lebih berkesan untuk menjamin.

"Tidak dinafikan ada suara keresahan sebagainya dipermainkan oleh golongan politik tertentu," katanya.

Post a Comment

0 Comments