Azmin bakal tersungkur dihadapan anak didik - Kajian


AHLI MAJLIS TERTINGGI Parti Bersatu, Mohamed Azmin Ali dijangka bakal 'bungkus' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Ramalan itu dibuat Institut Darul Ehsan (IDE) berdasarkan satu kajian membabitkan responden daripada 47 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Parlimen itu pada 10 hingga 12 November lalu.

Pengerusi Eksekutif badan kajian bebas itu, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata sebanyak 52.5 peratus responden akan mengundi gabungan parti Pakatan Harapan (PH) manakala hanya 21.9 peratus memilih Perikatan Nasional (PN).

Azmin Ali digelar 'pengkhianat' oleh penyokong HARAPAN susulan tindakannya keluar KEADILAN pada Februari 2020 bersama 10 Ahli Parlimen lain dari parti itu melalui langkah Sheraton. Komplot politik antara mereka dengan Bersatu dan ahli parlimen yang mewakili parti yang kalah pada PRU lalu menyumbang kepada runtuhnya kerajaan HARAPAN yang dipilih rakyat.

Sementara itu menurut kajian sama juga, Barisan Nasional (BN) cuma memperoleh 13.8 peratus sokongan, manakala pengundi atas pagar 11.6 peratus.

Azmin akan berdepan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang mewakili HARAPAN, calon BN Datuk Megat Zulkarnain Omardin, calon GTA Aziz Jamaludin Mhd Tahir dan seorang calon bebas Zulkifli Ahmad.

Sekiranya Azmin tewas kepada Amirudin pada PRU kali ini, ia kekalahan paling memalukan kerana dia akan tersungkur di hadapan anak didiknya sendiri.

Sebelum ini tinjauan dilakukan Merdeka Center mendapati HARAPAN mendahului sokongan pengundi muda.

Kajian menunjukkan nasib tak menyebelahi Azmin
Kajian membabitkan 1,209 pengundi berusia 18 tahun mendapati 26 peratus responden cenderung memilih HARAPAN berbanding 24 peratus memilih BN, diikuti PN sebanyak 13 peratus.

Walau bagaimanapun sebanyak 31 peratus responden mengatakan tidak mempunyai kecenderungan atau tidak pasti siapa yang akan mereka undi setakat kajian dibuat.

 

Post a Comment

0 Comments