PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan calon Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini bahawa Parlimen adalah tempat untuk wakil rakyat membincangkan hal rakyat termasuk isu setempat, ekonomi dan keperitan rakyat.
Justeru tegasnya, Ahli Parlimen gabungan itu selepas diberi mandat untuk mewakili mereka tidak boleh 'ponteng' dari menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat.
“Calon HARAPAN di Parlimen Alor Setar, Simon Ooi Tze Min Simon, ingat betul-betul kalau anda tak hadir (Parlimen) selepas menang, saya buang anda.
"Namun saya percaya anda seorang anak muda yang rajin dan berkaliber, boleh menjadi ahli Parlimen yang baik sebab itu dicalonkan,” katanya pada siri ceramah di Alor setar.
Anwar turut menyelar tindakan mempersendakan Dewan Rakyat dengan sengaja tidak hadir untuk mewakili suara rakyat, sedangkan mereka diberi tanggungjawab berbuat begitu.
“Apabila ditanya kenapa tak pergi sidang, dijawabnya ini bukan sekolah. Mana boleh seorang wakil rakyat bercakap seperti itu,” katanya menempelak sikap Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang cuba menutup kelemahannya dengan berkata Sidang Dewan Rakyat tidak boleh disamakan dengan kedatangan ke sekolah kerana ia berbeza dari segi sistem dan perjalanannya.
Sebelum ini portal Malaysiakini menyiarkan infografik berhubung jumlah kehadiran tertinggi dan terendah di Dewan Rakyat.
Dua pemimpin utama Perikatan Nasional iaitu Mahiaddin Md Yassin dan Abdul Hadi berada dalam kelompok terendah kehadiran iaitu masing-masing sebanyak 17 dan 21 hari kehadiran dari 71 hari sidang diadakan.
Presiden Warisan, Shafie Apdal mencatatkan 20 hari dan Pengerusi Pejuang, Mahathir Mohammad 26 hari.
Sementara Ahli Parlimen mencatatkan kehadiran tertinggi adalah dari Pakatan Harapan iaitu Wilfred Madius Tangau dan Anthony Loke yang mencatatkan kehadiran penuh, Presiden Amanah, Mohamad Sabu 69/71 dan Anwar sendiri 66/71.Ahli Parlimen mesti pegang amanah diberikan
Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencatatkan kehadiran 70/71. Muda pada PRU kali ini menjalin kerjasama dengan HARAPAN.
0 Comments