PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan pemimpin Umno yang mendesak perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob supaya segera membubarkan Parlimen bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke15 (PRU-15).
Pasa sidang media selepas majlis pelancaran buku tulisannya bertajuk “Script” di Subang Jaya semalam, Ketua Pembangkang itu menegaskan bahawa Umno tiada hak memaksa pembubaran Parlimen kerana mereka tidak mempunyai majoriti yang cukup di Dewan Rakyat.
Dengan hanya 39 daripada 222 kerusi Parlimen, kehendak Umno itu jelasnya tidak boleh dituruti.
Tambah Anwar, Perdana Menteri yang memiliki sokongan majoriti di Parlimen berhak membuat keputusan berhubung pembubaran Parlimen tanpa campur tangan atau desakan Umno
“Dalam sistem kita 38 Ahli Parlimen tak boleh paksa keputusan.
“Keputusan harus dibuat dengan wewenang perdana menteri, sekiranya perdana menteri itu mempunyai kekuatan untuk bertindak dengan waras sebagai perdana menteri,” katanya Anwar.
Beliau sebelumnya disoal pemberita berhubung keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang mencapai konsensus supaya pembubaran Parlimen diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini.
Media sebelum ini melaporkan, susulan keputusan Umno itu, Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden parti itu didakwa akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
![]() |
Biar Ismail buat keputusan sendiri, tegas Anwar |
Beberapa pihak lain pula membantah keputusan Umno untuk melaksanakan PRU15 tahun ini memandangkan Malaysia menghampiri musim tengkujuh dan berisiko mengadakan pilihan raya itu ketika banjir melanda beberapa negeri.
0 Comments