JAWATANKUASA khas ditubuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk merundingkan penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dilapor telah mengadakan mesyuarat berasingan dengan kedua-dua parti itu.
Perkara itu dinyatakan jawatankuasa itu melalui kenyataan media di laman sesawang parti KEADILAN.
Jawatankuasa khas HARAPAN diwakili Setiausaha DAP; Steven Sim Chee Keong; Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda dan Naib Presiden UKO, Ewon Benedick.
Muda dalam mesyuarat diadakan diwakili Presidennya; Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Timbalan Presiden, Amira Aisya Abd Aziz; Naib Presiden, Zaidel Baharuddin dan Ketua Penerangannya, Luqman Long.
Sementara S. Arulchelvan (Setiausaha Agung PSM ) dan Soh Sook Hwa (Bendahari Kehormat PSM) mewakili parti itu dalam mesyuarat diadakan minggu lalu.
"Ini adalah satu usaha serius bagi memastikan bahawa suara dan kepentingan rakyat diangkat bersama menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.
"Perbincangan hari ini telah berlangsung dengan baik dan lancar. Isu-isu berbangkit akan dibawa kepada peringkat pimpinan dalam mesyuarat Majlis Presiden yang akan diadakan dalam masa terdekat," kata kenyataan itu.
Perkara itu dinyatakan jawatankuasa itu melalui kenyataan media di laman sesawang parti KEADILAN.
Jawatankuasa khas HARAPAN diwakili Setiausaha DAP; Steven Sim Chee Keong; Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda dan Naib Presiden UKO, Ewon Benedick.
Muda dalam mesyuarat diadakan diwakili Presidennya; Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Timbalan Presiden, Amira Aisya Abd Aziz; Naib Presiden, Zaidel Baharuddin dan Ketua Penerangannya, Luqman Long.
Sementara S. Arulchelvan (Setiausaha Agung PSM ) dan Soh Sook Hwa (Bendahari Kehormat PSM) mewakili parti itu dalam mesyuarat diadakan minggu lalu.
![]() |
Hasil mesyuarat akan dibawa ke Majlis Presiden |