ULAMA dan sarjana Islam tersohor dunia kelahiran Mesir, Yusuf al-Qaradawi dilapor menghembuskan nafas terakhir hari ini pada usia 96 tahun di Qatar.
Berita duka pemergian Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) itu diumumkan di akaun media sosial rasmi Allahyarham hari ini.
“Negara Islam telah kehilangan seorang ulama yang paling ikhlas dan berakhlak mulia,” kata organisasi yang diasaskannya itu di Twitter.
Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut dikongsi pentadbir akaun media sosial itu mengenai pemergian Allahyarham.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham yang memili nama penuh Yusuf bin Abdullah bin Yusuf bin Ali al-Qaradawi itu telah menghasilkan lebih 120 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.
Karya beliau, "The Lawful and Prohibited in Islam", telah diterjemahkan ke dalam hampir semua bahasa, dan dianggap sebagai titik rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia
Allahyarham juga sangat masyhur menerusi program Sharia and Life terbitan saluran berita antarabangsa, Al-Jazeera yang dianggarkan ditonton oleh 40 hingga 60 juta penonton di seluruh dunia.
Bekas ketua bagi Kesatuan Ulama Sedunia itu sering digambarkan sebagai pemimpin rohani Ikhwanul Muslimin, gerakan sosio-politik pan-Islam yang mengilhami revolusi Mesir pada 2011.
Sheikh Yusuf lantang mengkritik kerajaan pimpinan Presiden Mesir, Abdel Fatah al-Sisi, sejak kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir ditumbangkan melalui tindakan tentera pada 2013, Ulama tersohor itu hidup dalam buangan di negara Teluk.
Sheikh Yusuf dibicarakan dan dihukum mati tanpa kehadirannya di Mesir.
Allahyarham sempat beberapa kali dipenjarakan kerana menentang rejim.
Pada saat usia 23 tahun, Yusuf al-Qaradawi dipenjarakan oleh Raja Faruk pada tahun 1949 di Mesir kerana keterlibatannya dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin pimpinan Hasan al-Banna.
Pada tahun 1956 beliau sekali lagi ditangkap saat terjadinya revolusi di Mesir.
Di Malaysia, Allahyarham pernah dianugerahkan tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009.

Allahyarham dihormati dan disegani dunia Islam |
Di Malaysia, Allahyarham pernah dianugerahkan tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009.
Allahyarham turut diketahui rapat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
0 Comments