PRESIDEN Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu memberi amaran bahawa orang ramai akan berdepan kesukaran sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim tengkujuh.
Ditemui media ketika berakhir Konvensyen AMANAH Nasional 2022 di Seremban, beliau turut menjelaskan bahawa tindakan seperti itu turut akan meningkatkan perbelanjaan agensi kerajaan terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu perlu mengeluarkan dana yang lebih besar untuk menangani pemilihan terutama di kawasan berisiko banjir.
Kerajaan sekarang tambahnya masih ada masa yang cukup untuk mengadakan pilihan raya, iaitu sehingga Julai tahun depan.
"Saya tahu memang hak Perdana Menteri, tapi kenalah pertimbang ketika rakyat sedang susah, menderita hendak buat (pilihan raya) musim banjir kerana tindakan itu juga akan mengakibatkan perbelanjaan bertambah.
"Jika buat pilihan raya pada musim tengkujuh memang akan menyusahkan semua pihak.
"Tetapi jika mereka bubar juga, kami terpaksa hadapinya," katanya.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi ketika pelancaran jentera pilihan raya Pemuda BN di Stadium Titiwangsa pada Sabtu berkata, parti itu sanggup meredah banjir untuk berkempen sekiranya smail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada akhir tahun ini yang mungkin banjir di beberapa tempat.
Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan pula menjangka PRU-15 akan diadakan di antara Oktober hingga Disember tahun ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini dilapor memberi peringatan sekiranya PRU15 dilaksanakan pada pertengahan November, ada kemungkinan banjir besar berlaku kerana angin monsun timur laut aktif ketika itu.
Kenyataan Ahmad Zahid yang berkata sanggup meredah banjir untuk berkempen walau bagaimanapun dikritik warganet.
Mahyudin Amin yang dipetik laporan Malaysiakini mempertikaikan pendirian Zahid kerana menurutnya sekolah yang bakal dijadikan pusat pengundian akan digunakan sebagai pusat perpindahan sementara sekiranya berlaku banjir.
Sementara Saiden Zakaria dipetik laporan sama mengingatkan Zahid bahawa beliau sedang menunggu keputusan perbicaraannya, “Hang tgu nak pi Sg Buluh atau Kajang, sedaq la diri tu.” yang dipercayai merujuk kepada kes mahkamah dihadapi Presiden Umno itu.
Untuk rekod, Zahid dilihat sering memberi tekanan supaya Ismail segera membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya.
Zahid kini berdepan 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk lanjutan kontrak sistem visa asing (VLN) dab
Mahkamah Tinggi pada 23 September ini dijadualkan untuk membuat keputusan sama ada akan membebaskan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu atau memerintahkanya membela diri.
Ditemui media ketika berakhir Konvensyen AMANAH Nasional 2022 di Seremban, beliau turut menjelaskan bahawa tindakan seperti itu turut akan meningkatkan perbelanjaan agensi kerajaan terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu perlu mengeluarkan dana yang lebih besar untuk menangani pemilihan terutama di kawasan berisiko banjir.
Kerajaan sekarang tambahnya masih ada masa yang cukup untuk mengadakan pilihan raya, iaitu sehingga Julai tahun depan.
"Saya tahu memang hak Perdana Menteri, tapi kenalah pertimbang ketika rakyat sedang susah, menderita hendak buat (pilihan raya) musim banjir kerana tindakan itu juga akan mengakibatkan perbelanjaan bertambah.
"Jika buat pilihan raya pada musim tengkujuh memang akan menyusahkan semua pihak.
"Tetapi jika mereka bubar juga, kami terpaksa hadapinya," katanya.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi ketika pelancaran jentera pilihan raya Pemuda BN di Stadium Titiwangsa pada Sabtu berkata, parti itu sanggup meredah banjir untuk berkempen sekiranya smail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada akhir tahun ini yang mungkin banjir di beberapa tempat.
Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan pula menjangka PRU-15 akan diadakan di antara Oktober hingga Disember tahun ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini dilapor memberi peringatan sekiranya PRU15 dilaksanakan pada pertengahan November, ada kemungkinan banjir besar berlaku kerana angin monsun timur laut aktif ketika itu.
Kenyataan Ahmad Zahid yang berkata sanggup meredah banjir untuk berkempen walau bagaimanapun dikritik warganet.
Mahyudin Amin yang dipetik laporan Malaysiakini mempertikaikan pendirian Zahid kerana menurutnya sekolah yang bakal dijadikan pusat pengundian akan digunakan sebagai pusat perpindahan sementara sekiranya berlaku banjir.
PRU ketika musim tengkujuh tak rasional |

0 Comments