Sama-sama gagal, Mahiaddin dan Ismail tak payah gaduh - Chua Wei Kiat

 


SEORANG wakil rakyat menggesa Mahiaddin Md Yassin dan Ismail Sabri Yaakob berhenti tuding-menuding antara satu sama lain berhubung kemelut yang melanda negara dan rakyat ketika ini.

ADUN Rawang yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN,  Chua Wei Kiat, berkata sebenarnya kedua-dua pemimpin terbabit sama-sama gagal menguruskan negara.

"Bekas Perdana Menteri Mahiaddin dan Perdana Menteri Ismail Sabri saling menuduh siapa yang gagal dalam bab urusan kerajaan.

"Bagi saya perkara ini sangat senang - mereka tak perlu saling menuduh sebab mereka adalah ikon gagal Malaysia," katanya dalam kenyataan.

Mahiaddin dalam kenyataan pada Isnin menganggap Ismail Sabri gagal sebagai perdana menteri apabila masalah ekonomi negara kini terus memburuk.

Ekoran itu, kata Muhyiddin, mungkin ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) lebih awal agar sebuah kerajaan baru yang lebih cekat dan "bebas rasuah" dapat dipilih rakyat.

Namun kenyataan Ahli Parlimen Pagoh itu dibidas Ismail dengan berkata, sekiranya Mahiaddin menganggap kerajaan sekarang sebagai gagal, Bersatu yang dipimpin Mahiaddin turut menyumbang kepada kegagalan itu kerana kabinet turut disertai anggota parti itu.

Ismail turut menegaskan bahawa portfolio hal ehwal ekonomi disandang Ahli Parlimen Bersatu, Mustapa Mohamed manakala Mahiaddin sendiri adalah pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Sementara itu, Chua ketika mengulas kegagalan kedua-dua pemimpin itu berkata, semasa Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang diketuai Mahiaddin dan PN, negara berada pada zaman demokrasi paling gelap dalam sejarah.

Presiden Bersatu itu bukan sahaja gagal mengawal keadaan ketika negara diancam Covid-19 malah dakwanya mengumumkan darurat di seluruh negara untuk kekal berkuasa sebelum akhirnya dijatuhkan akibat pergaduhan di antara BN dan PN

"Kerajaan BN pimpinan Ismail Sabri sekarang pula mengalami ketempangan.

"Kegagalan yang jelas dapat dilihat apabila Ismail Sabri gagal menguruskan isu nilai mata wang, pertelingkahan dalaman Umno dan skandal seperti kapal tempur pesisir (LCS).

"Gandingan Ismail Sabri dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menyebabkan nilai ringgit terus jatuh ke paras paling rendah menyebabkan seluruh rakyat.

Perang Mahiaddin dan Ismail tak untungkan rakyat
"Tetapi Tengku Zafrul rasa bangga dan gembira kononnya kejatuhan ringgit baik untuk pengeksport negara mencari keuntungan," dakwanya.

Dalam kenyataan itu juga Chua menegaskan bahawa rakyat merasai kegagalan pimpinan PN dan BN dibawah Muhyiddin dan Ismail Sabri.

"Orang ramai akan bersetuju 100 peratus jika Ismail Sabri dan Muhyiddin dinobatkan sebagai ikon gagal Malaysia," katanya.

Post a Comment

0 Comments