VETERAN Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan parti itu bakal membuat kesilapan jika meletakkan Ismail Sabri Yaakob sebagai “poster boy” mereka pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).
Dalam satu wawancara di saluran Youtube, Politik Kini, beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata Ismail tidak mempunyai aura yang boleh menarik sokongan ramai, dan langkah menjadikan ahli Parlimen Bera itu sebagai 'modal' mereka tidak akan mampu membantu Umno dan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya itu.
“Apabila keputusan diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri dipilih sebagai ‘poster boy’ untuk memimpin kempen Umno dalam pilihan raya yang akan datang, kita harap sekurang-kurangnya orang di peringkat presiden ataupun orang yang mempunyai aura supaya dapat menarik perhatian orang ramai.
“Tetapi di sebaliknya. Nampaknya apa (poster boy) yang di ditonjolkan oleh Umno menerusi keputusan Majlis Tertinggi itu tidaklah sebagaimana yang diharapkan,” katanya seperti dilapor portal Agenda daily.
Difahamkan Majlis Tertinggi Umno pada 14 April lalu membuat keputusan dengan menamakan Ismail Sabri sebagai “poster boy” parti dalam PRU-15 nanti.
"Rakyat seakan tidak berminat dengan “poster boy” tersebut,Jadi itu sebab lah sambutan di peringkat bawah dingin.
“Kita nak seseorang yang mempunyai yang mempunyai ikonik potensi yang boleh menjadi idola lebih-lebih lagi kepada pengundi-pengundi baru… yang boleh bawa idea idea yang bernas yang boleh mengubah keadaan,” katanya lagi.
Mengulas lanjut berhubung masa depan negara, Ku Li berkata negara memerlukan seorang yang mempunyai tokoh kepimpinan untuk membawa negara keluar daripada krisis malah dijadikan idola orang ramai serta disanjung rakyat, malah juga di mata dunia.
Negara perlu tokoh disegani peringkat dunia |
“Kita nak leadership, The problem yang kita hadapi di Malaysia ini bukan soal Mr A ganti Mr B atau B ganti Mr C atau Mr Z,” ujarnya.
0 Comments