Bekas Ketua Menteri Melaka meninggal dunia


BEKAS
ketua menteri Melaka Mohd Adib Mohamad Adam dilapor meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada usia 81 tahun.

Isteri Allahyarham, Zainiah Hussein, 77, berkata suaminya Allahyarham sebelumnya dibawa dan dimasukkan ke HKL malam semalam selepas mengadu sesak nafas.

Menurutnya sebulan yang lalu, Allahyarham Mohd Adib mengalami serangan strok.

“Pada pukul 8.20 pagi tadi, doktor hubungi maklumkan suami saya telah meninggal dunia… Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua.

“Allahyarham tidak pernah mengadu sakit sebelum ini, cuma dalam sebulan lepas beliau mengalami strok, keadaannya juga agak lemah dan ingatannya adakala ingat adakala tidak,” katanya dipetik laporan Bernama.

Difahamkan jenazah Mohd Adib dimandikan dan dikafankan di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang. Jenazah kemudiannya akan dibawa ke Melaka untuk dikebumikan di Makam Pahlawan  di Masjid Al-Azim Bukit Palah.

Allahyarham berusia 81 tahun
Allahyarham yang dilahirkan pada 2 Julai 1941, meninggalkan isteri serta dua anak lelaki dan dua anak perempuan.

Adib menyandang jawatan ketua menteri Melaka kelima dari 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982, selain pernah memegang jawatan menteri penerangan dan menteri pembangunan luar bandar, koperasi dan usahawan.

Post a Comment

0 Comments