RATU ELIZABETH II, monarki Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu, mangkat pada usia 96 tahun, lapor agensi berita AFP.
Berita kemangkatan Baginda Ratu diumumkan Istana Buckingham, dalam satu kenyataan ringkas.
"Ratu mangkat dalam keadaan tenang di Istana Balmoral (Scotland) tengah hari tadi selepas 70 tahun bertakhta," kata kenyataan itu disusuli perintah tempoh berkabung selama 10 hari
Terdahulu, anggota kerabat diraja bergegas untuk berada di sisi Ratu Elizabeth selepas pasukan perubatan bimbang keadaan kesihatan ratu berusia 96 tahun yang dinasihatkan kekal di bawah pemantauan perubatan.
Ratu Elizabeth, tokoh paling lama memerintah Britain dan pemerintah tertua di dunia dilaporkan menghidap 'episodic mobility problems' sejak hujung tahun lalu.
Kenyataan itu turut menjelaskan Putera Charles selaku putera sulung baginda dan pewaris takhta, dan isteri, Camilla berangkat ke Istana Balmoral, istana yang dihuni bersama putera sulungnya, Putera Wiliam.
Semua anak baginda termasuk Puteri Anne, 72, Putera Andrew, 62, dan Putera Edward, 58, berkumpul di Istana Balmoral di tanah tinggi Scotland.
Menyertai mereka ialah anak Charles, Putera Prince William, dan adiknya Putera Harry.
Ratu Elizabeth II atau nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary Windsor menaiki takhta pada 8 Februari 1952 pada usia 25 tahun selepas kemangkatan bapanya, Raja George VI, pada 6 Februari 1952.
Baginda mewarisi takhta UK sejurus selepas Perang Dunia Kedua, menyertai pentas dunia yang dikuasai tokoh politik seperti Mao Zedong dari China sehingga pemimpin Kesatuan Soviet, Joseph Stalin dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Dwight D Eisenhower.
Sepanjang 70 tahun, baginda bertakhta merentasi dua abad yang penuh pergolakan sosial, politik dan teknologi.
Dengan kemangkatan Baginda Ratu itu, Putera tertua dalam kalangan empat anak baginda, Putera Charles, 73, secara langsung menaiki takhta sebagai Raja, sekali gus melakar sejarah sebagai pewaris takhta tertua dalam sejarah Britain.Menduduki tahkta selama 70 tahun
Upacara Charles dinobatkan sebagai Raja Charles Ke-3, suatu amalan yang bersejarah dan penuh adat istiadat, akan diadakan di bangunan sama yang pada tarikh yang belum lagi ditetapkan.
0 Comments