HKL dibina pada 1870 dan tidak hairanlah kalau hari ini ada macam-macam pakar di situ. Cakap saja sakit apa, ada lah doktor untuk mengubatinya.
Katakan ahli gastroenterologi tak jumpa apa-apa masalah serius, dia “prescribed” lah ubat biasa macam ubat gastrik atau kembung dan suruh balik.
Tapi kalau dengan tak semena-mena dia berasa sakit leher dan belakang, pakar ortopedik pula akan periksa. Perubatan autopedik ini berkaitan sistem otot rangka (tulang, sendi, ligamen, tendon, otot, dan saraf).
Untuk lebih meyakinkan, dia juga mungkin diperiksa oleh pakar neurologi iaitu berkaitan sistem saraf pusat dan periferi, otak, tulang belakang dan tisu penyambung di sekelilingnya.
Psikiatri ini adalah berkenaan kajian dan rawatan penyakit mental, gangguan emosi dan kelakuan aneh. Tapi tentulah tidak ramai pesakit mahu mengaku dia mengalami masalah mental. Namun adalah biasa bagi kita mengalami tekanan jiwa dan gangguan mental dalam keadaan tertentu.
Tapi kalau kita kaitkan semua itu dengan Najib, ia adalah tidak perlu sebab kesihatannya berstatus “A Ok” macam kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam
satu kenyataan media dia kata, Najib disahkan sihat sebelum dilepaskan
daripada HKL. Dia dimasukkan pada 9 September sebagai kes bukan
kecemasan (non-emergency case) bagi memastikan kesihatannya di tahap, terbaik.
Menteri
Kesihatan, Khairy Jamaluddin pula kata, ikut peraturan penjara, banduan
hanya boleh dirawat di hospital kerajaan. Tapi dia kata, boleh beli
ubat sendiri kalau tidak mahu ubat yang dibekalkan.Penjara tempat memulihkan penjenayah
Semua ini
boleh dijadikan pengajaran. Kalau tidak mahu disiasat, ditangkap,
dibicarakan dan dipenjarakan janganlah lakukan jenayah. Penjara bukan
istana. Ia adalah tempat menghukum dan memulihkan penjenayah.
A KADIR JASIN ialah wartawan veteran yang kritis terhadap politik dan isu semasa dalam negara
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Kartelmedia
0 Comments