DATASONIC Group Bhd (DGB), sebuah syarikat yang dikaitkan dalam perbicaraan rasuah ke atas presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dilapor berjaya mendapatkan kontrak tambahan untuk subsidiarinya.
Media dalam laporannya berkata, kontrak tambahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pembekalan cip pasport Malaysia itu dianggarkan bernilai RM31.39 juta .
Dalam pemfailan dengan Bursa Malaysia semalam, DGB berkata kontrak asal subsidiarinya, Datasonic Technologies Sdn Bhd’s (DTSB), berjumlah RM318.75 juta. Kontrak tambahan itu menjadikan jumlah nilai siling kontrak kepada RM350.14 juta.
DGB dipetik laporan Bernama berkata pindaan kontrak melibatkan perubahan bilangan perkhidmatan penyelenggaraan peralatan, perisian dan aplikasi sistem untuk infrastruktur utama awam dan pembangunan utama awam untuk 2022 dan 2023.
Ia juga meliputi penyelenggaraan peralatan, perisian dan aplikasi sistem cip untuk tempatan dan luar negara untuk 2022 dan 2023 dan perkhidmatan penyelenggaraan peralatan, perisian dan aplikasi sistem E-Gate untuk Malaysia dan kios prabaca untuk 2022 dan 2023.
Pada Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu Zahid ketika menjadi menteri dalam negeri pada 2017 menerima dua keping cek dengan jumlah keseluruhan RM6 juta daripada timbalan pengarah urusan DGB Chew Ben Ben.
Zahid dalam pembelaannya bagaimanapun berkata dua cek tersebut bukan rasuah tetapi "sumbangan politik".
Bekas setiausaha bahagian (SUB) perolehan KDN, Abd Aziz Md Nor ketika perbicaraan kes rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah (CBT) terhadap Zahid pada Febuari 2020 pula memberitahu mahkamah bahawa Zahid telah mengarahkan bahagian perolehan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggunakan cip pasport oleh DTSB.
Arahan itu, katanya terkandung dalam satu minit (catatan) pada surat oleh DTSB kepada Ahmad Zahid, yang juga menteri dalam negeri ketika itu.
Zahid nafi rasuah, sebaliknya cuma 'sumbangan' |
Bagaimanapun, urusan pembekalan pasport itu kemudiannya diserahkan kepada DTSB, meliputi proses dari awal hingga akhir.
0 Comments