Permohonan tak releven, Mahkamah tolak bukti baru Najib


MAHKAMAH
Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta yang sedang dirayu nya.

Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun siang tadi.

Selain Tengku Maimun, turut mendengar permohonan Najib adalah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, hakim Mahkamah Persekutuan P Nallini, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Najib sebelum ini cuba membangkitkan isu konflik kepentingan susulan kedudukan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai peguam di Maybank Investment sebelum ini, ketika Maybank didakwa terlibat dalam penubuhan SRC.

Nazlan merupakan hakim yang mensabitkan Najib pada 28 Julai 2020 dengan tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta didenda RM210 juta kepada bekas Presiden UMNO itu.

Najib kecewa permohonan ditolak
Sementara itu dalam keputusannya, Tengku Maimun menegaskan baru yang mahu dikemuka itu tidak relevan dengan kes terhadap Najib, malah pihak pembelaan juga gagal menunjukkan bahawa hakim perbicaraan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik kepentingan.
 
Najib yang merupakan bekas penasihat emeritus SRC dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB melalui  permohonan memasukkan bukti itu memohon agar sabitan terhadapnya dibatalkan.

Ahli Parlimen Pekan itu dilapor kecewa dengan keputusan hari ini.


Post a Comment

0 Comments