KETUA Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel lima hakim mahkamah persekutuan mendengar permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rasuah SRC International (SRC).
Anggota panel lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan P Nallini, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Kira-kira jam 9.48 pagi tadi, prosiding dimulakan dengan Mahkamah terlebih dahulu permohonan bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan bukti baru bagi membatalkan sabitan terhadap satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan dan bekas Presiden UMNO itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesemua kesalahan yang dirayunya.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan. Nazlan telah dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan.
SRC merupakan bekas anak syarikat 1MDB dan kini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Sekiranya Najib gagal dalam permohonan ini, Mahkamah Persekutuan dijangka meneruskan pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan kesalahan yang dikenakan ke atasnya.
Najib sebelum ini disabitkan dengan 7 kesalahan |
0 Comments