PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali yang dianggap sebagai 'pengkhianat' oleh ahli dan penyokong parti itu, tegas Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN dipetik laporan media berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) semalam.
Pendirian itu dinyatakan susulan spekulasi kononnya Azmin yang merupakan Ahli Parlimen Gombak akan kembali ke pangkuan KEADILAN selepas didakwa berjumpa dengan dua wakil parti itu pada Rabu.
Didakwa lagi pertemuan antara Azmin itu juga memberi petunjuk bahawa Azmin sedang “meninjau untuk membeli insurans” demi kelangsungan politiknya.
Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Terdahulu seorang sekutu rapat Azmin, Zuraida Kamaruddin meninggalkan Bersatu bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
![]() |
MPP putuskan tak akan bincang dengan Azmin |
Seorang sekutu Azmin dan Zuraida yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin baru-baru ini dilapor telah memohon untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).