JPP KEADILAN tiada masalah jalankan audit forensik

JAWATANKUASA Pemilihan Parti (JPP) KEADILAN sedang mempertimbang cadangan melaksanakan audit forensik setelah isu berkenaan kelemahan sistem undian dalam talian dibangkitkan.

Pngerusinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, berdasarkan aduan diterima JPP berpendapat sememangnya ada kewajaran audit forensik dijalankan dan cadangan itu sedang diteliti pihaknya.

Namun JPP ketika ini jelasnya sedang fokus kepada siasatan awal berhubung undi ragu dan aduan dibangkitkan di bahagian, serta melihat kepada kemenangan membabitkan majoriti tipis di bahagian.

“Bagi JPP, kita tidak ada masalah untuk membuat siasatan (audit forensik) itu dalam sistem pemilihan kerana ia akan memberikan keputusan yang betul-betul jelas.

"Kita masih mempertimbangkan perkara itu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan calon jawatan naib presiden, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, yang mengatakan lebih 25,000 undi hilang dalam Pemilihan KEADILAN 2022 yang dijalankan baru-baru ini.

Mengulas lanjut Zaliha berkata bagi mengenal pasti beberapa isu dibangkitkan, JPP akan menjalankan audit dalaman terlebih dulu, sebelum audit forensik dilakukan.

JPP akan jalankan audit dalaman terlebih dahulu
“Biar kita menyelesaikan dulu isu undi ragu dan permintaan bahagian serta calon untuk kiraan semula, termasuk kes yang kalah dengan satu undi. Dalam sehari dua ini akan selesai,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, JPP kini memberi tumpuan kepada pencalonan bagi 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Pemuda KEADILAN Pusat dan Ahli Majlis Wanita KEADILAN Pusat.

Post a Comment

0 Comments