TERBUKTI dasar ingin dibawa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini lebih baik berbanding kerajaan pimpinan BN-PN hari ini.
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin baru-baru ini secara sinis menyuarakan penghargaan terhadap keputusan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori, satu usaha yang dimulakan pentadbiran HARAPAN sebelumnya.
"Kita berterima kasih kepada kerajaan sekarang, yang setuju untuk menerima dapatan daripada jawatankuasa berkaitan yang dahulunya diketuai bekas ketua hakim negara Richard Malanjum, yang ditubuhkan oleh kerajaan HARAPAN dan Warisan sebelum ini.
"Secara ringkasnya, suka atau tidak, kerajaan 'tanpa mandat' sekarang perlu menerima hakikat bahawa 'HARAPAN memimpin, BN dan PN hanya mengikut'," kata bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) itu.
Kerajaan tanpa mandat merujuk kerajaan dipimpin Mahiaddin Md Yassin dan Ismail Sabri Yaakob yang tidak memimpin negara berdasarkan keputusan dan kehendak rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Kerajaan pada Jumaat setuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah.
Peruntukan hukuman mati mandatori bermakna hakim tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah yang disabitkan untuk kesalahan tertentu, kecuali jika tertuduh mengalami masalah mental.
Pada masa ini, terdapat 11 kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan satu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman itu. Ia termasuk kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah dan memiliki senjata api.
Mengulas mengenai pengumuman itu, Hanipa yang juga seorang peguam berkata memang sepatutnya memberi ruang untuk hakim menggunakan kuasa budi bicara dalam menetapkan hukuman.
Hukuman mati bawa lebih banyak keburukan |
"Isu ini juga menggambarkan salah satu daripada pencapaian positif yang dibawa kerajaan HARAPAN dan Warisan yang menerima mandat rakyat," katanya lagi.
0 Comments