Rafizi ramal KEADILAN tawan Sabah pada PRU16


NAIB Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menjangkakan Sabah akan dilanda “tsunami” parti itu pada pilihan raya umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Bercakap pada program yakini rakyat di Kota Kinabalu semalam, calon Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu kai ini berkata KEADILAN akan menang besar di negeri berkenaan, sekali gus menjadi parti terbesar di Sabah dalam pilihan raya itu.

Katanya, peluang seperti itu tidak berlaku pada PRU lalu tidak berlaku memandangkan “gelombang” yang bakal dijelmakan KEADILAN Sabah memerlukan masa sehingga lima tahun lagi.

“Lima tahun satu masa yang panjang dalam politik tapi percayalah, KEADILAN Sabah akan menang besar dan menjadi parti terbesar pada PRU16.

“Mana-mana kerusi di Sabah yang kita telah menang, kita perlu pertahankan dan dalam masa sama kita perlu bertanding sebanyak mana kerusi yang boleh.

“PRU15 ini kita bertahan dulu, kalau kita menang itu satu bonus tapi kalau tidak menang, percayalah “tsunami” akan berlaku pada PRU16,” katanya dipetik.

Mengulas lanjut jangkaan dibuatnya, Rafizi berkata, setakat ini beliau masih pemimpin politik terbaik dalam meramalkan keputusan pilihan raya.

KEADILAN bakal jadi parti terbesar di Sabah
“Saya seorang ‘businessman’, politik ini macam kita melabur dalam saham, masa harganya jatuh, itulah masa terbaik kita membuat pelaburan kerana apabila harganya melambung kita akan mendapat hasilnya, sikit-sikit lama jadi bukit.

“Kalau orang tanya saya macam mana kita boleh menang di Selangor, inilah caranya…kita bermula daripada bawah, sedikit demi sedikit,” katanya lagi.
 

Post a Comment

0 Comments