KEADILAN serta Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan menggugat kebebasan badan kehakiman dan pihak berkuasa di negara ini, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga adalah Pengerusi HARAPAN berkata, sebelum ini ada usaha untuk mengembalikan kebebasan badan tersebut daripada campur tangan pihak berkepentingan, namun usaha itu dilihat terganggu.
Justeru tegasnya, proses reformasi bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai kepada badan kehakiman itu perlu dilaksana segera.
“Ada sosok yang berkepentingan sama ada mempertahankan rasuah, mempertahankan pemimpin-pemimpin yang bergelumang dengan segala rasuah skala besar yang mahu merosakkan proses kebebasan badan kehakiman.
“Maka dengan itu saya percaya rakyat akan bangkit untuk mempertahankan badan kehakiman yang bebas dan segala percubaan dari orang-orang yang ada kesan (akibat) terlibat dengan rasuah besar ini kita harus berani mempertahankan,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Generasi KEADILAN di Petaling Jaya baru-baru ini.
Anwar turut mengulas beberapa kes melibatkan rasuah besar kebelakangan ini katanya hanya melibatkan siasatan dan pembongkaran di negara luar yang membabitkan tokoh korporat dan ahli politik Malaysia .
![]() |
Tak tolak ansur cubaan ganggu kebebasan |
“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara, SPRM dan PDRM itu haruslah tegas mengembalikan kedudukan kebebasan ini,” tegasnya sambil berkata badan antarabangsa dunia seperti Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) turut mengakui berlakunya kepincangan membabitkan sistem keadilan di negara ini.
0 Comments