PRESIDEN KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengemukakan soalan kepada bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
Ia sempena anjuran program Debat Perdana antara kedua-dua tokoh politik tersebut yang akan berlangsung di Auditorium MATIC pada jam 9 malam ini dan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Awani, Facebook Sinar Harian, Malaysia Gazette dan Sin Chew Daily.
Debat itu diadakan bagi merungkai mengenai isu Sapura Energy Berhad (SEB) yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Najib sebelum ini membuat gesaan supaya kerajaan menyelamatkan Sapura Energy Berhad (SEB) yang kini berdepan risiko muflis melalui Petroliam Nasional Bhd (Petronas) atau Khazanah Nasional (Khazanah).
Bagaimanpun cadangan itu dikritik dengan alasan tidak adil untuk membelanjakan berbilion wang rakyat kepada beberapa syarikat korporat dalam keadaan semua perniagaan dan pekerja di segenap peringkat menghadapi kesusahan tambahan lagi sejumlah wang yang besar melebihi berbilion ringgit telah pun disuntik ke dalam SEB sejak lebih sedekad lalu.
Sementara itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata orang ramai boleh mengajukan soalan menerusi ruangan komen di akaun Twitter rasminya.
“Esok ada debat dengan Datuk Seri Najib.
Jadi kalau saudara berada di kedudukan seperti saya, yang diminta untuk menanyakan satu soalan kepada Datuk Seri Najib.
“Apakah soalan yang saudara hendak kemukakan? Tolong nasihat saya.
"Saya ingin membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengemukakan soalan kepada Najib.
Balas ciapan ini dengan cadangan soalan anda,” katanya.
Sementara itu dalam hantaran lain di Facebook, Anwar menjelaskan mengapa beliau menerima cabaran Najib untuk berdebat.
Tegas Anwar, sudah berpuluh tahun beliau menggesa Najib yang juga bekas Presiden Umno untuk berdebat dengannya dalam banyak isu namun ditolak.
![]() |
Rakyat tak sabar tunggu debat Anwar - Najib |
"Sekarang kalau saya tolak, kata saya pengecut," katanya sambil menggesa rakyat mengikuti debat yang bakal disiarkan hari ini.
0 Comments