Tiada kerjasama dengan PN, jangan kelirukan penyokong

 



CADANGAN kerjasama politik antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Perikatan Nasional (PN) melalui pendekatan khemah besar dilontarkan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bersifat pandangan peribadi.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, segala keputusan mengenai hala tuju dan  gabungan itu.

Justeru tegasnya, walaupun Salahuddin  melontarlkan cadangan tersebut, tidak timbul isu kerjasama dengan PN pada pilihan raya umum akan datang kerana komponen itu sendiri adalah sebahagian daripada blok kerajaan.

“Semua pihak dalam HARAPAN perlu menyedari bahawa adalah amat sukar kerjasama dengan PN dapat dijalin dengan latar belakang sejarah hitam yang pernah kami lalui dengan parti komponen dalam PN.

“Saya menyeru semua pimpinan dalam HARAPAN supaya membincangkan sebarang pandangan berkenaan kerjasama politik dengan pihak lain dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, bukannya melalui kenyataan terbuka untuk memastikan tidak ada kekeliruan dalam kalangan ahli dan penyokong kita,” katanya dalam kenyataan.

Isu kerjasama dengan PN tak timbul
Baru-baru ini, Salahuddin menggesa kepimpinan HARAPAN agar tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).


Katanya, langkah kerjasama dalam inisiatif khemah besar itu penting bagi memastikan blok pembangkang dapat berdepan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) secara satu lawan satu.

Bagaimanapun, Presiden Amanah Mohamad Sabu menolak pandangan itu dengan berkata , khemah besar yang dimaksudkan adalah soal penyatuan dan kerjasama parti-parti pembangkang bagi menghadapi PRU15 seperti dipersetujui dalam resolusi Port Dickson.

Kenyataan itu senada dengan DAP yang kekal menutup pintu kerjasama dengan Bersatu dan PAS selepas tidak mempercayai kepimpinan kedua-duanya yang didakwa bersikap tikam belakang dan berdolak-dalik.

 

Post a Comment

0 Comments