PARTI Keadilan Rakyat (KEADIAN) tidak pernah membincangkan cadangan berganding denngan parti Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pengarah Komunikasi parti itu, Fahmi Fadzil dipetik laporan media berkata, walaupun tiada perkara mustahil berlaku dalam politik, namun parti itu mesti sanggup menerima kesannya jika bersama parti yang pernah mengkhianati mereka itu sebelum ini.
“Hal itu tak pun dibincangkan kerana ia andaian semata-mata. Semua orang tahu kita janganlah cuba jawab andaian.
“Tiada apa yang mustahil dalam politik tetapi setiap keputusan itu ada akibatnya,” katanya dipetik laporan FMT.
Fahmi yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai sebelumnya ditanya tentang kerjasama dengan parti bukan komponen Pakatan Harapan (HARAPAN), termasuk Bersatu.
Sementara itu beliau mengambil contoh akibat keputusan partinya bertanding menggunakan lambang sendiri pada pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini.
“Ada orang kata jika kami guna lambang Keadilan (PKR), lebih ramai orang – mungkin 7%, 12% lebih – akan mengundi KEADILAN berbanding undi untuk HARAPAN. Tapi apa akibatnya?
“Mungkin akibatnya undi yang anda raih itu sedikit lebih, tetapi anda akan hilang sokongan orang yang mahu pembangkang bersatu. Jadi akan sentiasa ada pertimbangan seperti ini,” katanya lagi.
Beliau turut mengulas pandangan penganalisis James Chin daripada Institut Asia di Universiti Tasmania bahawa gandingan KEADILAN-Bersatu akan menarik sokongan pengundi Melayu luar bandar.
Fahmi bagaimanapun berkata, sebelum itu, KEADILAN harus pertimbangkan banyak faktor.
“Berbaloi atau tidak KEADILAN bertanding di kerusi-kerusi yang kami tiada jentera? Misalnya, di mana kita tiada calon yang kuat, tiada penyokong, sekadar kerusi milik parti tertentu?” soalnya.
![]() |
Kerjasama dengan Bersatu andaian semata-mata |
Malah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataan baru-baru ini menegaskan bahawa gabungan itu sama sekali tidak pernah membincangkan isu menjalin kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dianggotai Bersatu dan PAS.
0 Comments