SOP baru mengarut, kata kumpulan perniagaan

LANGKAH kerajaan yang mahu pemilik perniagaan menyemak status risiko pengunjung di aplikasi MySejahtera bermula 1 Mei depan dikritik kerana dilihat tidak praktikal.

Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata, keputusan kerajaan itu adalah “SOP paling mengarut” dan mungkin mendapat tentangan apabila orang ramai tidak membenarkan telefon mereka diperiksa.

Beliau yang turut memimpin Persatuan Peruncit Malaysia, Persatuan Peruncit Bumiputera dan Persatuan Perniagaan Persekutuan Malaysia (FMBA) berkata, isu itu kini hangat diperkatakan dalam kalangan peniaga.

“Kami bercakap mengenai perkara ini dalam kumpulan WhatsApp.

“Kita tidak tahu bagaimana untuk melaksanakannya. Ia bukan tanggungjawab pemilik pusat beli-belah untuk risau mengenai orang ramai.” tegasnya.

Prosedur operasi standard (SOP) itu diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Rabu lalu.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata pemilik premis perlu menyemak status risiko pengunjung di aplikasi MySejahtera dan tidak membenarkan individu dengan status “High Risk”, iaitu kes positif Covid-19 dan yang berada dalam tempoh kuarantin daripada memasuki premis.

Sementara itu Ameer Ali berkata, pemilik perniagaan tidak dirujuk sebelum SOP itu diumumkan.

Manakala itu dua pemimpin kumpulan perniagaan bercakap mengenai risiko orang ramai memalsukan status MySejahtera mereka untuk masuk ke dalam premis.

Naib Pengerusi FMBA Raymond Woo berkata, orang ramai mungkin menipu dengan menunjukkan tangkapan skrin status risiko rendah.

“Sukar untuk perniagaan menyemak sama ada ia daripada aplikasi atau tangkapan skrin.”

SOP baharu disifatkan mengarut
Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia Chin Chee Seong berkata, segelintir individu mungkin tidak mengemas kini status MySejahtera jika mereka positif.

“Ia menjadi semakin teruk. Sebelum ini individu hanya perlu mengimbas telefon mereka untuk daftar masuk. Kini mereka perlu menunjukkan telefon untuk masuk ke dalam premis,” katanya.

Post a Comment

0 Comments