MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat menolak tuntutan saman fitnah dikemukakan pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Perkara itu dimaklumkan Ahli jawatankuasa Amanah, Faiz Fadzil seperti dilapor media.
Menurut Faiz yang juga peguam kepada Khalid, hakim Zulqarnain Hassan dalam penghakiman ringkasnya menyatakan pihak defendan, iaitu Khalid berjaya membuktikan pembelaan komen berpatutan atau komen yang wajar.
Susulan keputusan itu, Mahkamah memperintahkan Kamarul membayar kos sebanyak RM10,000.
![]() |
Kamarul diperintah bayar RM10,000 |
Penulisan itu dibuat oleh Khalid pada 26 Mei 2017 ketika memberikan pandangan berhubung kritikan Kamarul terhadap buku Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, “Becoming Hannah” melalui rencana bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP”.
0 Comments