KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan diketuai Ismail Sabri Yaakob menyatakan pendirian dalam isu dakwaan rasuah syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah menerusi transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002 oleh Mahkamah Perancis.
Melalui kenyataan Presiden KEADILAN itu turut menggesa kerajaan menjelaskan bagaimana isu itu akan dihadapkan ke muka pengadilan di negara ini.
"Saya meneliti laporan terkait Mahkamah Perancis yang mendakwa syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.
“Kes ini berlangsung dan dibicarakan di Paris, Perancis, dan pihak berkuasa Malaysia seolah ambil ringan dan aspek keadilan nampaknya tidak menjadi isu besar untuk disegerakan.
"Saya mendesak agar kerajaan dan pihak terlibat segera menyatakan
pendirian dan menjelaskan bagaimana watak-watak yang terlibat dapat
dihadapkan ke muka pengadilan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.,” katanya.
Pada 2002, Malaysia memperoleh dua kapal selam kelas scorpene dan sebuah lagi daripada kelas Agosta daripada DCN International (DNCI)–anak syarikat Kumpulan Thales.
Dakwaan-dakwaan rasuah itu muncul selepas kumpulan hak asasi negara ini Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membuat aduan di mahkamah Perancis pada 2009 dan 2010.
Dua syarikat Malaysia–Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi Sdn Bhd–didakwa mendakwa mendapat komisyen daripada DCNI.
Kes yang mencetuskan polemik itu pada asalnya dibuka pada 2010 dan akhirnya memberi kesan kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
Najib adalah Menteri Pertahanan ketika perjanjian perolehan dua kapal selam kelas Scorpene dan sebuah Agosta dari unit limbungan tentera laut DCN Perancis (kini sebahagian daripada Thales) itu ditandatangani, membabitkan nilai kontrak AS$1.2 bilion (RM5.2 bilion).
![]() |
K'jaan Ismail dilihat sambil lewa |
Sumber berkata, kesemua sembilan defendan, termasuk Thales didakwa di Perancis dan penyiasatan berhubung kes terbabit ditutup pada Januari lalu.