PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan adakah adil hukuman mati dijatuhkan terhadap orang yang cacat akal?
Persoalan itu dibangkitkan Anwar susulan keputusan Mahkamah Singapura menghukum mati Nagaenthran Dharmalingam, orang kurang upaya (OKU) warga Malaysia
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut membangkitkan persoalan sama ada dengan menjatuhkan hukuman sedemikian adakah ia dapat menyelesaikan masalah yang lebih besar.
“Adakah ini keadilan?” soal Anwar lagi.
Nagaenthran, yang dikatakan mempunyai IQ 69, telah dijatuhkan hukuman gantung di pusat tahanan Singapura, awal pagi semalam.
Nagaentran telah ditangkap pada 2009 dan didapati bersalah setahun kemudian kerana mengedar 42.72g heroin
Kematian Nagaenthran K. Dharmalingam disahkan oleh adiknya, Sarmila Dharmalingam selepas rayuan terakhir defendan ke atas hukuman tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan Singapura pada Selasa.
Kerajaan republik itu sebelum ini berdepan tekanan supaya membebaskan Nagaenthran.
Sabtu lalu, kumpulan politik dan pertubuhan masyarakat sivil telah berkumpul di luar Suruhanjaya Tinggi Singapura di sini untuk membantah keputusan kerajaan Singapura meneruskan hukuman mati Nagaentran.
Kes itu juga menarik perhatian antarabangsa, dengan jutawan British Sir Richard Branson dan pelawak dan pengarang UK Stephen Fry meminta pengampunan.
![]() |
Kes Nagaenthran dapat perhatian antarabangsa |
Dia mendakwa bahawa rayuan terakhir telah ditolak dalam keadaan “mengerikan”.
“(Keputusan) (telah) diberikan tanpa mendengar dari pihak Nagaen sama sekali,” kata beliau dipetik The Vibers.
Ketua penyelaras Lawyers For Liberty (LFL) Zaid Malek turut mendedahkan bahawa keluarga Nagaentran terpaksa memfailkan sendiri cabaran pembebasan itu tanpa bantuan mana-mana firma guaman kerana mereka tidak dapat khidmat peguam di Singapura.
0 Comments