SEORANG Ahli Parlimen KEADILAN menempelak kenyataan kononnya debat antara Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri, Najib Razak tidak sesuai diadakan pada bulan ini kerana tidak menghormati Ramadan.
Fahmi Fadzil yang juga merupakan Pengarah Komunikasi KEADILAN ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil yang berkata bulan puasa adalah masa untuk menumpukan soal ibadah, bukan berdebat berkata Islam tidak melarang untuk berdebat pada bulan puasa.
“Di bulan Ramadan apa yang dilarang ialah berbuat jahat, umat Islam tidak dilarang berdebat.
“Kalau Najib tidak berasa yakin pada bulan Ramadan, cakap je la tak yakin sekarang,” kata Fahmi dipetik laporan Malaysiakini.
Terdahulu Najib mencabar Anwar bersama Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berdepan dengannya bagi mengenai masalah kewangan Sapura Energy Bhd - tetapi terma perbahasan, serta masa dan tempat, belum ditetapkan.
Anwar kemudian bersetuju dan mengarahkan pihaknya membuat persiapan bagi debat tersebut.
Isham Jalil dalam hantaran di Facebook kemudian berkata, Anwar tidak seharusnya terburu-buru mengadakan debat itu dan mahu ia diadakan sebaik ramadhan berakhir.
"Takkan nak mula debat semasa berpuasa atau selepas Tarawih dan habis tengah-tengah malam?
“Lepas habis bulan puasa, kita debatlah sepuas hati," katanya bekas pembantu Najib itu.
Fahmi bagaimanapun berhujah bahawa alasan ramadhan digunakan Isham untuk menunda debat itu tidak masuk akal.
Ini memandangkan Parlimen juga bersidang pada Isnin lalu semasa umat Islam menjalani ibadah puasa ketika membahaskan undang-undang anti lompat parti, manakala beberapa pilihan raya kecil lalu juga pernah diadakan pada bulan Ramadan.
![]() |
Najib digesa beritahu jika belum bersedia |
“Bagi saya, Ramadan bukan satu isu dan tidak sepatutnya dijadikan isu. Kita sepatutnya jalani kehidupan seperti lazimnya.
“Sebenarnya bulan Ramadan adalah paling sesuai untuk menunjukkan bagamana pimpinan tertinggi dalam Malaysia boleh menjadi contoh walau berbeza pandangan, boleh bertukar fikiran dengan cara penuh adab.” katanya.
0 Comments