Kanak -kanak jalanan egresif, pihak berkuasa digesa bertindak


ADUN
Api-api, Christina Liew mahu pihak berkuasa menahan kanak-kanak jalanan dipercayai warga asing yang bertindak semakin melampau di sekitar bandar Kota Kinabalu.

Christina yang juga ketua KEADILAN Sabah berkata  kanak-kanak jalanan itu bukan saja meminta sedekah daripada pengguna jalan raya, malah mereka turut bertindak agresif dengan meletakkan skru di atas jalan.

“Perbuatan mereka ini bukan saja menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang awam, tetapi juga membahayakan pengguna jalan raya apabila meletak skru di atas jalan raya.

“Mereka juga dilihat mengacau pengguna jalan raya dengan meminta sedekah setiap kali kenderaan berhenti di lampu isyarat.

“Tolong atasi masalah ini, mereka mungkin kanak-kanak jalanan pada hari ini, tapi tidak mustahil esok mereka akan jadi penjenayah dan menimbulkan kegusaran orang awam pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Jangan sampai berlaku perkara tak diingini
Terdahulu tindakan kanak-kanak terbabit tular di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang warganet.

Justeru Christina berkata, wajar untuk tindakan keras dikenakan terhadap kanak-kanak terbabit bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku pada masa depan.

Post a Comment

0 Comments