PENGARAH komunikasi parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil mendedahkan bahawa Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat mahu bersara.
Dipetik laporan FMT, Fahmi bagaimanapun menjelaskan bahawa Ketua Pembangkang itu akan memimpin KEADILAN sekurang-kurangnya satu lagi pusingan pilihan raya umum (PRU)
“Sebenarnya kami mempunyai rancangan penggantian yang jelas,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Tambahnya, Anwar sendiri membentangkan rancangan penggantian itu ketika pimpinan parti bermukim pada Februari lepas, sebelum pilihan raya negeri (PRN) Johor.
“Bukannnya Anwar mahu jadi presiden (abadi), namun dalam bacaan saya, kami ada suatu misi, suatu agenda untuk dilaksanakan,” katanya.
Fahmi sebelumnya ditanya sama ada KEADILAN merancang untuk mengetengahkan muka baharu dalam saf kepimpinan parti.
Beliau tidak berkongsi butiran rancangan itu, termasuk siapa yang akan mengambil alih kerusi presiden namun berkata, Anwar tegas mahu ia diteruskan.
Mengulas mengenai rancangan tersebut, Fahmi berkata persaraan dan pemergian rakan seangkatan amat memberi kesan kepada Anwar, termasuk adiknya, Rusli Ibrahim, dan bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Siddiq Fadzil.
“Lim Kit Siang bersara, Tengku Razaleigh Hamzah bersara, Nazri Aziz juga kata beliau tidak mahu bertanding…jadi sudah tentu orang seangkatan akan terasa,” katanya
![]() |
Anwar masih pemimpin terbaik ketuai HARAPAN |
Bagaimanapun Fahmi menegaskan bahawa ketika ini Anwar masih ketua yang terbaik untuk memimpin KEADILAN dan HARAPAN untuk menghadapi PRU akan datang.
0 Comments