PENGERUSI Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Pakatan Harapan (HARAPAN), Dr Maszlee Malik kecewa dengan ketidakhadiran Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan kitar semula soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.
Melaui satu kenyataan, bekas menteri pendidikan era pentadbiran HARAPAN itu berkata, tindakan kementerian itu dianggap sebagai tidak menghormati Parlimen.
“Saya kesal atas keengganan KPM memberi kerjasama untuk menjelaskan isu berkaitan kepentingan awam dan masa depan pendidikan negara.
“Apapun alasan diberikan oleh menteri kanan yang mengepalai KPM adalah tidak wajar malah merendahkan kedudukan Parlimen.
“Ia juga tidak menghormati suara rakyat yang mahukan penjelasan menteri di Parlimen,” kata Maszlee yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam.
Jawatankuasa itu telah difahamkan telah memanggil kementerian untuk hadir ke mesyuarat yang diadakan semalam. ia selepas mereka menerima aduan mengenai isu kitar semula soalan peperiksaan SPM.
Melalui laporan Malaysiakini Maszlee berkata, beliau dimaklumkan oleh kementerian bahawa mereka tidak dibenarkan oleh Kabinet untuk hadir di hadapan jawatankuasa itu.
Tindakan kementerian itu tegasnya mungkin mencetuskan persepsi dalam kalangan orang ramai bahawa ia cuba menyembunyikan sesuatu.
“Keengganan menteri dan wakilnya untuk hadir (ke hadapan jawatankuasa) juga menimbulkan persepsi bahawa kementerian takut untuk berdepan dengan Parlimen dan bersikap tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab.
“Kami memohon maaf kepada ibu bapa, calon SPM dan guru-guru yang meminta jawatankuasa mendapatkan penjelasan daripada kepimpinan kementerian. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk mewakili suara anda dan suara orang ramai.
![]() |
Kementerian dianggap tak hormat Parlimen |
Pada 8 April lalu dilaporkan beberapa pihak menggesa kementerian dan Lembaga Peperiksaan Malaysia menjawab dakwaan kononnya soalan peperiksaan Bahasa Melayu sesi kedua dikatakan sama dengan sesi pertama yang dikongsikan secara meluas.
Sesi kedua adalah untuk pelajar yang tidak dapat menduduki kertas kerana wabak Covid-19 dan banjir baru-baru ini, serta mereka yang diberi pengecualian khas oleh pengarah peperiksaan.
0 Comments