Pencalonan Ismail hanya untuk cepatkan PRU - Ramasamy

 


ISMAIL SABRI YAAKOB disifatkan sebagai mangsa permainan kuasa politik dengan pencalonnya sebagai perdana menteri untuk pilihan raya umum akan datang hanyalah "percaturan" untuk menariknya supaya mengadakan pilihan raya umum awal.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy dalam kenyataan berkata, nasib Naib Presiden Umno itu sama seperti raja terakhir Perancis Louis Napoleon Bonaparte III yang mampu bertahan dalam jawatan untuk seketika bukan kerana berkebolehan atau bijak, tetapi kerana dia berusaha untuk mewakili atau memberi gambaran perwakilan kepada semua lapisan masyarakat.

“Dia ialah wira kepada petani, pekerja, borjuis kecil, kelas tuan tanah dan bangsawan. Tetapi dalam erti kata yang sebenarnya, dia menjadi mangsa atau bidak catur kelas kapitalis yang semakin berkembang di Perancis.

“Membandingkan Ismail dengan Bonaparte mungkin tidak adil memandangkan jurang yang besar dalam sejarah. Tetapi fakta Bonaparte cuba mewakili semua lapisan masyarakat bersempadan dengan kenaifan dan kebodohan,” kata Ramasamy.

Walaupun mengakui Ismail tidak pernah menimbulkan kontroversi sebagai perdana menteri, Ramasamy menegaskan bahawa Ismail tidak layak menerima banyak penghargaan kerana mengekalkan negara berada di landasannya.

Malah, katanya pengurusan pandemik Covid-19 perlu diberi penghargaan kepada vaksin dan bukannya perdana menteri.

Ramasamy menyifatkan Ismail tak berkebolehan
MOU pembangkang dengan kerajaan Ismail, katanya, adalah untuk menghalang pemimpin Umno yang didakwa rasuah daripada merampas kuasa.

“Hanya dengan melakukan perkara biasa, Ismail mendapat pujian.

"Hakikat bahawa dia bertahan dalam jawatan itu sehingga hari ini bukan bercakap tentang kebolehannya menyatukan tetapi lebih kepada perpecahan yang mendalam dan tidak dapat diatasi dari dalam dan luar," katanya. 

Post a Comment

0 Comments