PEMIMPIN Perikatan Nasional (PN) digesa supaya menafikan sekiranya kebocoran minit mesyuarat yang dikatakan merancang untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar.
Gesaan itu dibuat ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek kerana PAS dan Bersatu bersama dengan kerajaan dipimpin Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob.
“Oleh kerana ia melibatkan kepimpinan parti yang bersama kerajaan, elok ada penafian segera sekiranya ia tak benar.
Ahad lalu, beberapa dokumen dikatakan minit mesyuarat Perikatan Nasional (PN) tular di media sosial yang didakwa berkaitan pertemuan antara Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan serta beberapa pemimpin parti lain pada 24 dan 27 Mac serta 4 dan 7 April.
Keratan minit mesyuarat serta agenda dalam dokumen itu antaranya untuk menjatuhkan pemimpin Umno termasuk mempercepatkan hukuman terhadap Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi serta rancangan mengenai tindakan untuk menjatuhkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan mengaitkannya dengan kluster mahkamah.
Antara kandungan dokumen antaranya menyebut “perlu ada campur tangan segera dalam kes mahkamah agar mempercepatkan jatuh hukum”.
Ia merujuk pertuduhan di mahkamah yang sedang dihadapi bekas timbalan perdana menteri itu. Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
Selain Ahmad Samsuri dan Takiyuddin, beberapa watak utama didakwa terlibat dalah Ketua Penerangan PN, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin dan beberapa individu lagi.
Samsuri yang juga menteri besar Terengganu kemudian menafikan wujudnya pakatan pemimpin tertinggi PAS bersama parti lain untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana tercatat dalam beberapa dokumen yang tular itu.
Beliau menyifatkan dokumen ditularkan itu sebagai “sampah” dan tidak perlu dipercayai.
![]() |
Benarkah ada konspirasi campur tangan kes mahkamah? |
Peguam kepada Zahid, Hisyam Teh Poh Teik daam kenyataan berkata, mereka mahu siasatan dilakukan bagi memastikan sama ada wujud cubaan menimbulkan syak terhadap integriti proses kehakiman.
0 Comments