KUMPULAN reformasi mahu jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSSC) mendedahkan deliberasi mengenai cadangan undang-undang anti-lompat parti kepada umum.
Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) dalam kenyataan turut menegaskan jawatankuasa itu perlu menamatkan “budaya berahsia” dalam penggubalan undang-undang di sebalik Akta Rahsia Rasmi 1972.
Tambah mereka, penglibatan orang ramai adalah perlu kerana undang-undang tersebut memberi kesan kepada mereka.
“Bersih menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti untuk melibatkan dan memaklumkan rakyat dengan maksimum agar rang undang-undang (RUU) yang terhasil mencapai kehendak rakyat dan sebarang kompromi yang diperlukan akan mendapat sokongan rakyat,” kata jawatankuasa pemandu Bersih.
Mengulas lanjut mengenai cadangan itu, Bersih berkata walaupun minit mesyuarat dalaman jawatankuasa boleh dirahsiakan, empat elemen utama - tarikh dan platform mesyuarat, keputusan penting, perkembangan draf rang undang-undang, dan hujahan bertulis dan lisan pihak berkepentingan - mesti didedahkan kepada umum
“Perbahasan Parlimen pada 11 April menunjukkan satu punca ketidaksetujuan dengan RUU Anti-Lompat (parti) adalah berkenaan sama ada ahli Parlimen yang dipecat oleh parti akan turut terpecat daripada Dewan (Rakyat).
“Rakyat perlu dimaklumkan berkenaan persoalan mustahak ini dan cadangan penyelesaiannya bagi memastikan RUU anti-lompat tidak akan tergendala, tidak berkesan atau merosakkan demokrasi berparlimen,” tambah mereka lagi.
Bersih mengingatkan jawatankuasa berkenaan bahawa RUU tersebut “tidak boleh didraf secara tertutup dan terburu-buru” menerusi Parlimen.
Cadangan pindaan Perlembagaan itu dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 April tetapi kemudiannya diputuskan ia dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk penelitian lanjut.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata, RUU itu akan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen sebelum akhir Mei.

![]() |
RUU-ALP perlu keterlibatan rakyat |

0 Comments