SEORANG Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) mempersoalkan apakah kerajaan merahsiakan pelantikan Peguam Negara baharu bagi mengatikan Idrus Harun.
Gobind Sing Deo ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat berkata, Ketika ini negara tidak mempunyai Peguam Negara selepas penggal Idrus Harun tamat pada 6 Mac lalu.
“Belum ada berita siapa yang dilantik menggantikannya atau sama ada khidmatnya dilanjutkan,” kata Ahli Parlimen Puchong itu.
Idrus Harun, 67, yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai Peguam Negara selama dua tahun bermula 2020, selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Ketiadaan Peguam Negara akan timbulkan persoalan |
Selain itu tegasnya, penting untuk negara mempunyai Peguam Negara baharu kerana kes berprofil tinggi sedang dibicarakan di mahkamah dan ketiadaan Peguam Negara hanya akan menimbulkan lebih banyak persoalan berhubung perkembangan kes berkenaan.
0 Comments