Leissner petik nama Tengku Zafrul


NAMA
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz disebut dalam testimoni bekas pengurus bank Goldman Sachs Tim Leissner, pada perbicaraan berkaitan skandal 1MDB di Amerika Syarikat (AS).

Dipetik laporan FMT, Leissner yang merupakan saksi dalam perbicaraan seorang lagi bekas pengurus bank itu, Roger Ng menceritakan kepada Mahkamah Persekutuan di New York tentang satu mesyuarat peringkat tinggi mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudiannya menjadi 1MDB.

Menurut laporan yang memetik dokumen mahkamah, Leissner mengambil maklum satu emel daripada Ng berhubung satu mesyuarat TIA pada 2009.

Dalam emel itu, Ng memaklumkan selain dirinya individu lain yang akan menyertai mesyuarat itu ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho; Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank, Ramli Ismail dan Tengku Zafrul, yang ketika itu merupakan pengarah di Kenanga.

Leissner dalam testimoninya berkata, Ng memberitahu bahawa tujuan mesyuarat itu adalah supaya Sultan Mizan bertemu orang “daripada bank-bank”.

Ditanya oleh pendakwa raya adakah beliau tahu Tengku Zafrul daripada Kenanga, Leissner menjawab, “ketika itu saya tidak tahu”.

“Dia pernah berpindah semasa saya menjadi pengurus bank jadi saya tak tahu pada masa itu.” katanya lagi.

Zafrul ketika itu merupakan Pengarah di Kenanga
Leissner juga tidak ingat sama ada Kenanga mahu menjadi penasihat bersama dengan Goldman Sachs dalam projek TIA.

Menurut Leissner, Low adalah penasihat kepada Sultan Mizan dan membuat beberapa keputusan penting di TIA.

Beliau juga mendedahkan bahawa Low memainkan peranan penting dalam menarik Goldman Sachs untuk terlibat dengan TIA.

Post a Comment

0 Comments