KETUA Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Akmal Nasir mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) bahawa usaha menguatkan gabungan pembangkang tidak akan berhasil menerusi rundingan yang tidak berkesudahan.
Bercakap selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan KEADILAN Indera Mahkota 2022, di Kuantan pada Ahad, Akmal menegaskan bahawa pembangkang boleh kembali kuat dengan membawa isu-isu yang dekat dengan rakyat.
"Nak kuatkan (gabungan pembangkang) itu bukan dengan buang masa bincang runding dan sebagainya.
"Jadi, (kalau) nak kuatkan HARAPAN kena bawa isu yang rakyat nak kita perjuangkan.
"Kalau di Pahang sebagai contoh, isu alam sekitar, pembalakan, siapa yang sebenarnya berani bercakap mewakili pihak rakyat," katanya.
Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu turut berkata, usaha memperkukuh gabungan itu perlu berteraskan parti sedia ada.
Beliau mengingatkan semua pimpinan parti agar kembali menumpukan isu rakyat dan tidak terikut-ikut dengan percaturan politik parti kerajaan ketika ini.
Sementara itu Akmal ketika mengulas mengenai saranan Rafizi Ramli kepada gabungan itu supaya fokus untuk mempertahankan semua kerusi dimenangi pada PRU lalu, Akmal berkata saranan itu turut merangkumi kerusi Parlimen yang kini milik parti lain selepas Langkah Sheraton.
![]() |
Akmal gesa fokus kembali kepada isu rakyat |
"Jadi, kerusi itu juga kita akan tumpu untuk rampas kembali pada PRU akan datang, selain berusaha mempertahankan kerusi dimenangi sebelum ini," katanya dipetik.
0 Comments