TIMBALAN Pengerusi KEADILAN Johor Jimmy Puah tertanya-tanya mengapa pengerusi BN negeri Hasni Mohammad telah diketepikan untuk memegang jawatan menteri besar Johor bagi penggal kedua berikutan pilihan raya pada Sabtu.
Mahu Umno-BN menjelaskan perkara itu, Jimmy menyifatkan pemilihan ADUN Machap Onn Hafiz Ghazi ke jawatan itu seolah-olah sama dengan menipu rakyat.
“Semasa pilihan raya - sama ada atas poster, papan iklan atau bendera - Hasni dipromosikan sebagai menteri besar seterusnya. Ia menjadi daya penarik mereka, dan tidak dapat dinafikan salah satu faktor kemenangan mereka juga.
“Tetapi menukar calon menteri besar secara tiba-tiba menunjukkan keangkuhan Umno dan BN dengan menipu rakyat selepas memenangi pilihan raya.
“Kita harus menghormati keputusan rakyat. Rakyat telah memilih Umno dan BN untuk memimpin Johor, tetapi mereka menggunakan rakyat sebagai alat dan melibatkan mereka dalam perseteruan politik,” katanya dalam kenyataan.
Onn Hafiz, 44, yang juga anak saudara kepada Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor yang baru di Istana Bukit Serene, Johor Bahru semalam.
Terdahulu, Hasni yang juga ADUN Benut dinamakan sebagai calon tunggal menteri besar oleh Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi, ketika kempen PRN Johor, namun tiga nama termasuk Mohd Puad Zarkashi, yang juga pemenang DUN Rengit dilapor telah diserahkan kepada Istana.
Pelantikan Onn Hafiz turut menarik perhatian Ketua Penyelidikan Ilham Center, Yusri Ibrahim berkata, faktor Hasni sendiri turut membantu memberi pecutan sehingga membawa kepada kemenangan bergaya Umno pada PRN kali ini.
“Umno Johor perlu menjawab kepada pengundi kerana itu (Hasni sebagai calon menteri besar) adalah kempen (pilihan raya). Sebenarnya dalam sistem kita, hak untuk melantik menteri besar adalah hak istanakah?
“Tapi Umno yang meletakkan tawaran kepada pengundi Johor bahawa jika ia diberi mandat oleh rakyat, Hasni akan dilantik sebagai menteri besar. Jadi Umno harus menjelaskan kepada pengundi apakah yang berlaku,” katanya dipetik FMT.
Apakah Hasni jadi mangsa percaturan sendiri? |
“Ini jelas menunjukkan tindakan membubarkan DUN bukan untuk kestabilan politik atau untuk menguntungkan rakyat, tetapi semata-mata untuk perebutan politik peribadi,” katanya.
0 Comments