PERSOALAN sama ada Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bakal bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti KEADILAN yang bakal diadakan pada Mei ini masih menjadi tanda tanya.
Saifuddin yang juga merupakan Setiausaha Agung parti itu menegaskan beliau masih ada masa untuk membuat keputusan untuk bertanding di mana-mana jawatan dalam proses demokrasi parti itu.
Bagaimanapun jelasnya, beliau akan mendapatkan pandangan setiap lapisan kepimpinan sebelum membuat keputusan mengenai jawatan mana yang sesuai untuk beliau tandingi.
“Sudah menjadi tabiat saya apabila satu-satu keputusan besar seperti ini sudah tentu saya akan melibatkan setiap lapisan kepimpinan. Saya masih dalam proses itu, tiba masa dan ketika yang sesuai, saya akan buat keputusan.
“Waktu itu saya terima hakikat perlembagaan parti hormati proses demokrasi memilih dan apabila kalau akhirnya buat keputusan begitu saya ingin meraikan demokrasi dalam parti,' katanya selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan KEADILAN Cabang Lembah Pantai semalam.
Turut hadir Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil.
Naib Presiden KEADILAN yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebelum ini telah mengumumkan untuk bertanding jawatan itu.
Bekas Pengerusi KEADILAN negeri Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak juga disebut-sebut bertanding jawatan sama, namun dilapor media sanggup menarik diri sekiranya Saifuddin mahu berdepan Rafizi bagi merebut jawatan itu.
Jawatan Timbalan Presiden sebelum ini disandang Mohamed Azmin Ali sejak 2018, namun ia kosong selepas Ahli Parlimen Gombak itu bersekongkol dengan Mahiaddin Md Yassin merampas Kerajaan Persekutuan dari Pakatan Harapan (HARAPAN) yang memenangi mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
![]() |
Saifuddin belum putuskan bertanding jawatan apa |
“Tekad saya hanya untuk menyaksikan proses pemilihan atau pertandingan yang tidak mencarikkan persahabatan, itu falsafah politik saya,” katanya lagi.
0 Comments