KETUA Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai gesaan disuarakan banyak pihak agar aplikasi MySejahtera dimansuhkan.
Selain berpandangan aplikasi itu kini tidak diperlukan lagi sebaik sahaja negara memasuki fasa peralihan ke endemik Covid-19 esok, Presiden KEADILAN itu turut menegaskan bahawa isu keselamatan aplikasi itu adalah perkara serius yang perlu dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin segera.
“Sebab itu ramai yang menuntut (penggunaan MySejahtera dibatalkan). Selain sijil vaksinasi (dalam aplikasi itu), tidak payah lagi MySejahtera,” katanya dipetik laporan media.
Aplikasi MySejahtera pada asalnya diperkenal bagi membolehkan pengesanan kontak rapat ketika pandemik berada pada kemuncaknya tetapi kini mungkin telah melepasi kemampuan sebagai aplikasi pengesanan kontak rapat.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai dilaporkan berkata, fungsi pengesanan kontak rapat dalam aplikasi MySejahtera tidak lagi berguna disebabkan kes jangkitan yang tinggi dalam komuniti direkodkan pada masa ini.
![]() |
Fungsi asal MySejahtera sudah tak lagi berguna |
Beliau turut membangkitkan isu keselamatan data pada aplikasi itu selepas tercetus dakwaan aplikasi itu dijual kepada sebuah syarikat swasta, sekali gus menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan data peribadi pengguna.
0 Comments