BEKAS Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Hanipa Maidin menempelak ahli parlimen PAS yang membangkitkan isu kebenaran pekerja wanita memakai tudung di tempat kerja.
Ketika perbahasan pindaan Akta Kerja 1955 bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang itu mendakwa bahawa ahli parlimen PAS seolah-olah tidak membaca pindaan Akta Kerja 1955 dengan konteks yang menyeluruh.
Tambahnya, dalam peruntukan pindaan akta tersebut telah menyatakan berhubung “sebarang diskriminasi pekerjaan” dan ia perlu dilihat dengan meluas, di mana ia termasuk diskriminasi terhadap kebenaran pekerja wanita untuk bertudung
“Kalaulah Seksyen 69F ini dibaca dengan lebih harmoni (lebih meluas), saya percaya perlindungan ke atas pekerja-pekerja yang memakai tudung boleh dilindungi di bawah seksyen ini.
“Jadi saya rasa pihak PAS tak perlulah menjadi hero untuk mengatakan seolah-olah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak.. (mengambil berat),” katanya.
Terdahulu, Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) dalam sesi perbahasannya membidas kerajaan HARAPAN.
Dakwanya, meskipun pindaan akta itu hampir sepenuhnya didraf sewaktu pentadbiran HARAPAN, namun isu diskriminasi berhubung pemakaian tudung oleh pekerja wanita di tempat kerja seakan tidak diendahkan.
Ketika Hanipa meneruskan perbahasannya Che Abdullah kemudian mencelah, mendakwa kerajaan HARAPAN cuma melihat isu kebenaran pemakaian tudung di tempat kerja itu sekadar isu kecil sahaja.
Hanipa kemudian membalas dengan nada menyindir, mengatakan penjelasannya sebelum ini mungkin “agak tinggi” untuk difahami oleh Che Abdullah.
“Terima kasihlah pada Tumpat. Daripada soalan Tumpat, saya memang percaya dan nampak, YB memang tak begitu faham dengan apa yang saya terangkan.
“Saya maafkanlah YB, mungkin bermasalah untuk memahami apa yang saya sebutkan. Mungkin ini perkara yang agak tinggi yang YB susah nak fahamkan,” katanya.
![]() |
Hanipa anggap Che Abdullah tak faham isu |
Ini bertujuan memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja untuk menyiasat sebarang aduan berhubung diskriminasi dalam pekerjaan dan membuat apa-apa perintah atau keputusan berhubung dengan aduan tersebut selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai Diskriminasi Dalam Pekerjaan 1998.
0 Comments