AHLI PARLIMEN Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang pilihan raya sehingga tamat tempoh penggal ini.
Beliau yang menzahirkan kebimbangan terhadap komitmen Ismail yang akan membincangkan pembubaran Parlimen dalam kalangan 'Top Five' UMNO menegaskan jika berlaku lagi pilihan raya sebelum waktunya, ia hanya akan menyebabkan pembaziran wang negara sedangkan keutamaan ketika ini adalah membantu rakyat yang terjejas akibat pendemik.
"UMNO dalam perhimpunan mereka riuh rendah mendesak dan menuntut Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen segera.
"Perdana Menteri (Ismail Sabri) telah memberikan komitmen untuk berbincang dengan 'Top Five' dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO.
"Ini bagi saya sesuatu yang sangat membimbangkan, akan berlaku pilihan raya berasingan iaitu peringkat Parlimen akan disegerakan dan pilihan raya peringkat negeri akan berlaku pada tahun akan datang apabila tamat tempohnya.
"Ini menyebabkan perbelanjaan kita akan bertambah, sedangkan yang menjadi keperluan sekarang ialah kehidupan rakyat, dan bukannya kehendak kerakusan politik yang ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO.
"Saya nak minta Perdana Menteri jelaskan perkara ini sebab ini penting untuk menarik pelabur-pelabur dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa kestabilan politik ini akan sampai kepada penghujung penggal ini (2023)," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
![]() |
Jangan bazir wang negara demi survival politik |
Difahamkan PRN Sabah melibatkan kos sebanyak RM130 juta, sementara kos bagi PRN Melaka dan PRN Johor masing-masing berjumlah RM45 juta dan RM96 juta.
0 Comments